Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Family photo.. mana Baby Godang?
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Family photo mana



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 10-Feb-2008 04:19
Happy Birthday Nur Zulaikha & Nur Maisarah!
Ikha & Sarah genap 2 tahun pada 10 Februari 2008. Walau bagaimana pun, birthday party mereka dibuat sehari lebih awal iaitu pada hari Sabtu, 9 Februari 2008.

Kebetulan 7-8 Februari 2008 adalah cuti Tahun Baru Cina.. jadi, kedai bahan bakeri di KL semuanya tutup! Nasib baik Barbie Doll berkaki ada dijual di kedai kek Norijah di Masjid Tanah. Jadi, saya beli je.. Cake board untuk kek Barbie Doll pulak berharga RM2. Mahal betul! Walau apa pun, asal semua barang ada, alhamdulillah..

Saya buatkan satu kek Barbie Doll untuk acara potong kek. Cuppies pula untuk tetamu yang hadir. Adik saya cadangkan warna pink sebagai warna tema.. so, saya pun ikut aje lah..

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan acara memotong kek oleh si kembar. Sebenarnya, birthday girls tu baru bangun tidur.. nasib baik mood mereka ok walaupun susah nak senyum.. Tak sia-sia usaha Sham 'menyejukkan' mood si kembar ni dengan memandikan mereka sebaik mereka dikejutkan dari tidur! So, mandikan anak-anak kecil jika terpaksa dikejutkan dari tidur untuk mengelakkan mereka menangis/merengek. Tips ini berkesan untuk Ikha dan Sarah.. Ha.. ha.. ha..

Selepas acara potong kek, puas cari Kakak aka Baby Godang (godang tu maknanya besar - loghat N9). Rupa-rupanya Baby Godang kami ni merajuk.. rasa 'dipinggirkan' kerana semua perhatian diberikan pada birthday girls.. Semua orang sibuk di serambi, tapi Baby Godang ni tonton tv sorang diri kat tengah rumah.. Semasa saya tanya, mulanya dia ok.. lepas tu terus sayu dan dia menangis.. Baby Godang kata "Kakak macam merajuk.." Alahai.. tersentuh hati saya.. terus saya dukung dia dan bawa ke serambi.. Rasa bersalah pulak saya membuatkan Baby Godang kesayangan kami ni rasa terpinggir! Walhal, awal-awal lagi dah siapkan dia berpakaian sama dengan si kembar. Memang kami agak sibuk hari tu.. Saya dan adik sibuk menyiapkan makanan untuk tetamu. Man (suami adik) sibuk melayan tetamu yang datang. Sham pulak selain sibuk dengan si kembar, Sham ditugaskan untuk 'mengawal' kek Barbie Doll..

Sebagai hidangan, adik saya buat bakso. Senang.. buat satu jenis kuah dan hidangkan bersama bihun, mee dan nasi impit. Selain tu, kami sediakan nugget, popia crab stick, french fries, kuih lapis (kuih lapis ni order dari jiran), buah tembikai dan air sirap bandung + aiskrim soda. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar..

50 goodies bag habis diberikan kepada kanak-kanak dan ibu dan bapa yang hadir.. orang dewasa pun cukup teruja untuk mendapat goodies bag ekk.. ingatkan untuk kanak-kanak je.. he.. he.. he..

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.